Sunday, February 27, 2011

50 Blog Malaysia Pilihan InTrend



Di suatu malam ketika sedang leka mengadap laptop.. si adik menelefon kakaknya...

"kakak tau dak lagi"
""tau apa?"
"taktau lagi la tu"
"dina habaq kat adik blog kakak masuk Intrend"
"haa...blog mana ni.. ckinsartwork ka?" ((( si kakak buat blurrr plak)))
"hat tu la kot.. dina kan suka baca Intrend.. dia tgk laman 50 Blog Pilihan tu dia tengok satu tu macam kenai ja..trus dia habaq kat adik"


Macam tak percaya je.. mimpi ke nih.. huhhuhh.. nak terbang je rasa..

maka serta merta diri ini search kat google... jumpe laman cikepal, babyintan... hoh.. hoh.. tengok betul-betul......isk.. betul..betul... ada la... under usahawan.. trus jugalah diri ini SMS encik suami yang kebetulan tiada di rumah ketika itu.. minta tolong dapatkan senaskhah Intrend keluaran March 2011.. hehehe


Kira-kira dah dua tahun laman ini dibina.. mula berkongsi hasil seni melalui fotopages.. dan kemudian setelah membuka laman blogspot.. dirasakan lebih mudah menggunakannya..diri ini terus konsisten menggunakan blogspot untuk update terbaru.



Terkenang pula pada blog Beauty n The Beads yang menjadi pilihan 50 Blog Terbaik Malaysia tahun lepas. Kagum tengok hasil seni nya... sis Izan... admiring the way she present her artwork.. memberi kesan indah di jiwaku.. hehee..dan sememangnya menjadi idola serta memberi inspirasi kepada diri ini untuk terus berkarya. Azam di hati ingin menjadi sehebat beliau. (",)


Tak sangka la.. macam dapat award pulak.. Syukur.. Alhamdulillah.. terharu sangat rasa dipilih oleh Intrend...isk..isk.. Terima kasih tak terhingga buat sidang ridaksi majalah Intrend kerana memilih Ckinsartwork dalam senarai 50 Blog Malaysia Pilihan, encik suami, ahli keluarga, saudara dan kawan-kawan, pengunjung tetap, silent readers (ade ke .. cehh perasann je)), geng-geng dan sifu beaders yang sentiasa memberi inspirasi dan tunjuk ajar.. dan semua yang setia mengikuti perkembangan serta memberi galakan dan sokongan kepada ckinsartwork..i Luv u all!

Big hug from me..Mmmmuahs!

Kepada blog-blog yang tersenarai dalam 50 log Malaysia Pilihan InTrend.. 
Tahniah dari Ckinsartwork (^^,)

4 comments:

duniajam said...

Wah! Tahniah adikku!

Ckin said...

trima kasih abangku.. :P

Lien said...

cantik laa..brape ek camni untuk bhgn tgn sahaja

masliza said...

caya la my fren..tahniah!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...