Tuesday, December 28, 2010

Sakura for Tasnim

Masa agak terhad diberi untuk menyiapkan dua pasang baju kurung mulik Tasnim dan sahabat. Selepas beberapa design dicadangkan pattern ini menjadi pilihan. Harap Tasnim dan sahabat suka dengan hasilnya.. :)



Saturday, December 18, 2010

My Mom's Beadwork


Sejak melihat diri ini asyik bergelumang dengan manik dan labuci, si ibu bersemangat turut serta merajinkan diri dengan aktiviti menyulam manik dan labuci.. tapi beliau tidak pula rajin untuk mengambil tempahan.. semua ini dijahit atas baju sendiri.. kagum juga diri ini dengan hasil tangannya.. Jom kita cuci mata... 










Tuesday, December 14, 2010

Elle Stone

Busana sutera syifon milik adinda, cik Elle..sukakan batu akrilik yang besar.. Agak buntu bagaimana nak merekacorakkan busananya..Akhirnya.. manik tabur jadi jawapannya..


Selendang dihiasi rama-rama melengkapkan persalinan.

Friday, December 10, 2010

Baju Raya

Baju Raya yang baru nak diupload..


Baju Raya CikDe dan sekeluarga..Ada lima pasang yang kesemuanya..
Dia nakkan yang simple je maka manik pintal menjadi pilihan.. Harap CikDe n family suka.. :)

Monday, November 29, 2010

Berjinak dalam dunia Felt?

Sedar tak sedar dah lapan bulan dah umur insyirah.. Tak penah diam..ade je keje dia nak buat.. abiss barang umi dan abah dia usik.. fuhh ...

Terfikir kena buat sesuatu ni untuk si kecil insyirah.. Maka diri ini membuat keputusan untuk mendapatkan felt supplies dari ez-kraf...


Barang da selamat sampai pada 15 November lalu..alhamdulillah.. tq to ez-kraf.. Tengok nanti apa yang kita boleh buat dengan barang2 ni.. :)

Monday, November 1, 2010

Manik2 Tudung







Monday, October 4, 2010

Koleksi Raya 2010

Busana Bonda
Leher : Manik Pintal
Lengan : Beriring + Stone + Tabur


Busana Cikgu Hafizah

Inginkan rekaan seperti busana bonda yang terdahulu..
Rekaan asal diperbaiki lagi berpandukan nasihat dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan beaders.
Tima kaseh suma ;)

Saturday, September 4, 2010

Dariku untuk Kalian


Selamat Menyambut Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dariku Ckin's@rtwork

Thursday, August 19, 2010

Busana Bonda

Ini dia full version bunga sisik ikan..
Hak milik bonda tersayang.. (^_^).. layannn..


Wednesday, August 18, 2010

Pengumuman

Dengan ini dengan ini diumumkan tempahan Sulaman Manik dan Labuci untuk hari raya 2010 DITUTUP sementara waktu..
terima kasih :) 

Wednesday, July 21, 2010

Khidmat menulis nota lagu




Selamat bersua kembali buat pengunjung Ckin’s Artwork..  

Citer kali ini masih berkisar tentang seni.. bukan seni kraf atau sulaman manik tapi seni muzik. Ada yang pernah tanya tentang minat saya dalam bidang muzik…minat yang macam mana tu… haa.. ni meh saya nak story skek..

Minat saya dalam bidang seni ni tidaklah terhad kepada satu cabang saja.. Sejak kecil lagi saya juga meminati seni bunyi-bunyian.. Senang citer seni muzik la kata.. Dulu zaman kanak-kanak saya pernah mengikuti kelas main piano sekejap. Masa tu umur baru 7 tahun.. belajar ngan kawan abah seorang lecturer muzik di maktab perguruan keningau.. belajar pun bapa bulan je.. benti sebab pindah balik semenanjung.. pastuh belajar organ plak start darjah 6 hingga tingkatan  4. Ada la belajar note togeh2 tu..  Amik exam kat sekolah dia kat penang..  tak ingat nama skolah dia.. Dapat la sijil main organ (Kawai Way) dari grade 12 pastu paling tinggi stop blajo kat grade 8. Benti lak sebab dapat sekolah berasrama  waktu tu.  Sijil dia besarrr  punyaaa.. tak muat fail.  boley  letak  frame gantung dinding gitu.. Tapi mane tah letak sijil2 tu.. lama dah simpan. Tah ka kena makan anai-anai..huhuu

Disebabkan saya ada sikit asas dalam membaca nota-nota lagu ni.. seorang sahabat (composer)  telah memberi kepercayaan  untuk diri ini menulis kembali nota-nota lagu gubahannya untuk menyertai pertandingan gubahan lagu. 

Pernah juga menulis nota lagu nasyid untuk sebuah sekolah di damansara masuk ke pertandingan..  tak amik tau plak diorang menang ke kalah untuk lagu tu.. huhu..

Buat masa ini nota ditulis menggunakan tangan je(manual handwriting).. Belum ada software nak taip guna komputer. Terhad  untuk nota2 yang simple ye.. Hehee.. sebabnye saye nih hanyalah amatur dan bukan professional yang belajar secara mendalam dalam bidang muzik..   So bagi sesiapa yang menyertai pertandingan gubahan lagu, nasyid, lagu-lagu puisi atau nak suruh saya tulis nota untuk lagu sekolah dia ke .. di sini dimaklumkan saya sedia memberi khidmat.

Kepada yang berminat anda boleh hantar lagu anda kepada saya melalui  email (format mp3) atau poskan kaset/cd lagu tersebut untuk diperdengarkan… dan saya akan transfer lagu tersebut ke dalam bentuk nota muzik..  Kaset /cd akan saya pulangkan setelah selesai semuanya .

Email saya ye untuk pertanyaan lanjut..  chow cincau! :)

Tuesday, July 20, 2010

WIP

Bunga sisik ikan lagi. still WIP.. gamba hp x clear sgt. layankan jer..haha.. chow!

Tuesday, July 13, 2010

Makeover Baju Kak Jaa

Baju ni kepunyaan sahabat saya kak jaa.. Asalnya dah ada manik dah.. tuan punya baju nak saya tambah warna merah skit.. nak dipakai waktu majlis nikah adik iparnya.. Harap2 kak jaa suka la ye.. hehee.. tq kak jaa..
Jom layannn..






Wednesday, July 7, 2010

Testing rossette version ckin'sartwork

testing je ni.. test kat baju kurung adek.. hehe




x penah pun lagi pegi kelas/bengkel belajar manik secara formal.. cuma sempat belajar melalui ebook imass senijahitan.. tima kaseh byk imass atas ilmu yang dikongsi dan tima kaseh semua rakan beaders kerana menjadi inspirasiku

Wednesday, June 23, 2010

Nak Tempah Sulam Manik?

Salam kpd semua pengunjung Ckin's Artwork.
Berminat nak bling-bling kan baju raya?

Dengan ini sukacita dimaklumkan...


Make Golden Heart Comment at GlitterBell.com


Hubungi saya utk sebarang pertanyaan

Tel/SMS: 013-9288247
Email: sitiasyikin@gmail.com
YM ID: kunci1107@yahoo.com
Lokasi: Kuala Terengganu


Sekiranya anda berada di luar kawasan Kuala Terengganu, anda boleh hantar busana anda kepada saya melalui pos.

ouhh.. yeahh! http://emo.huhiho.com

Monday, May 24, 2010

Flower Girl Headbands

New Readymade item from Ckin's Artwork

Flower Girl Headband for Sale. Cute accessory that suit with any of flower girl dresses. Can be easily worn again after the wedding

Image Hosted by ImageShack.us

Status :  ALL SOLD OUT


Warna : Yellowish Cream
Harga :  RM15 each  (excluding postage)

Kalau nak tempah warna lain pun boleh. Upon your request

Email me at sitiasyikin (at) gmail.com

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

Buat semua kaum ibu dan juga diri sendiri rasanya masih belum terlambat untuk daku mengucapkan selamat hari ibu.. Hargailah kesusahan, pahit manisnya pengalaman anda sebagai ibu kerana tidak semua manusia itu berpeluang menjadi seorang ibu.. =)

Wednesday, April 21, 2010

Dah Selamat...

Pada tanggal 20 Mac 2010 yang lalu jam 6.18 pagi maka dengan selamatnya lahirlah seorang puteri yang diberi nama Siti Izzah Insyirah.. Besarnya nikmat Allah beri.. Alhamdulillah..
Image Hosted by ImageShack.us
Masih lagi dalam tempoh berpantang.. Apa pun tunggu update dari saya ye.. Ada item baru bakal menanti..
Thank you 4 ur support! :)

Friday, March 19, 2010

Hand Bouquet - Tutorial

Pejam celik pejam celik dah setahun pun berlalu ulangtahun perkahwinan saya... alhamdulillah.. rezeki pun bertambah.. ditambah pula dengan seorang cahayamata yang bakal lahir nanti.. hehee..

Entri kali ni saya nak kongsi sedikit tentang gubahan bunga tangan saya..yang diberi wajah baru dan diguna semula pada majlis resepsi adik saya Disember lepas.

Image Hosted by ImageShack.us
15 Mac 2009

Bunga ni saya guna bunga span ye.. waktu tu cuma ikat dengan ribbon kecik je..

Sekarang kita lihat bagaimana bunga ini diberi sentuhan baru..
Ok...Bahan2 yang digunakan:
Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
1. Sejambak bunga
2. Daun daun 
3. Ribbon
4. Jarum peniti
5. Dawai halus/Getah
6. Gunting
7. Kain net
8. Kain organza

Langkah2:
Image Hosted by ImageShack.us
Mula-mula susun bunga dan daun ikut citarasa anda, kemaskan dengan getah atau dawai halus

Image Hosted by ImageShack.us
Kain net digunting bentuk bulat dan buatkan lubang ditengahnya. Jika anda suka boleh gunting mengikut bentuk seperti gambarajah diatas. Sementara kain orgamza pula dibiarkan dengan bentuk segiempat.

Image Hosted by ImageShack.us
Masukkan jambangan bunga ke dalam kain net yang telah digunting tadi dan lepas tu balut batang bunga dengan kain organza. Ikat sekali lagi dengan dawai halus supaya lebih kemas.

Image Hosted by ImageShack.us
Sekarang dah boleh balut pemegang dengan ribbon.. untuk lebih kemas sematkan dengan jarum peniti 

Image Hosted by ImageShack.us
Balut je sampai bawah sekali.. pastu ikat pemati. 

Image Hosted by ImageShack.us
Boleh ikat tambah ribbon jika anda suka... dan beginilah hasilnya.. :)


Image Hosted by ImageShack.us
19 Disember 2009
Image captured by gambalawa.com

Sila klik gambar untuk melihat koleksi gambalawa.com :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...