Salam ceria semua
Syukurlah kita kerana masih bernafas hingga ke hari ini.
Ini antara koleksi raya 2011 yang belum sempat saya muat naik sebelum ini.
Selamat mencuci mata!
Koleksi Raya 2011
Links to this post Labels: Manik Manjalara
Salam sayang semua pengunjung dan peminat sulaman manik.. kali ini cik cikin nak bercerita sikit..
Pertama sekali.. terima kasih banyak-banyak kepada kalian yang percaya dengan kemampuan saya dan selama ini tidak putus menyokong hasil seni saya... Namun buat masa ini saya tidak menerima tempahan baru. Oleh kerana masih ramai yang bertanyakan tentang tempahan sulaman manik, maka biarlah saya maklumkan di sini bahawa...
Saya mohon maaf banyak-banyak kerana tidak dapat memenuhi permintaan kalian terutamanya yang berhajatkan sentuhan manik dari saya.
Saya terpaksa menolak atas faktor kesihatan yang sering terganggu berikutan alahan mengandungkan anak saya yang kedua (dijangka due awal bulan 5 ini insyaAllah). Tambahan.. masih banyak tempahan sebelum ini yang belum sempat saya siapkan.
Namun saya tetap menerima tempahan yang lain seperti kraf, gubahan hantaran dan yang lain-lain seumpama dengannya.
Sekarang ini saya sedang bangunkan semula butik online (sebelum ini dikenali sebagai Butik IV ) yang sudah lama bersawang. Insyaallah selepas ini saya akan fokuskan lebih kepada butik online ini kerana ini adalah impian saya sebenarnya.. Butik ini akan menyediakan barangan readymade, tudung dan selendang eksklusif handmade oleh saya sendiri. Kepada yang berminat bolehlah melihat koleksi yang ada di sini.
Links to this post Labels: Announcement
Hantaran untuk Adik Ipar
Salam sayang dari Ckin's Artwork.
Kali ni saya cuma nak kongsikan hasil hantaran yang dibuat untuk majlis pertunangan adik ipar raya haji tahun lalu.. bertemakan warna soft pink.
Links to this post Labels: Gubahan , Hantaran






























