Friday, March 19, 2010

Hand Bouquet - Tutorial

Pejam celik pejam celik dah setahun pun berlalu ulangtahun perkahwinan saya... alhamdulillah.. rezeki pun bertambah.. ditambah pula dengan seorang cahayamata yang bakal lahir nanti.. hehee..

Entri kali ni saya nak kongsi sedikit tentang gubahan bunga tangan saya..yang diberi wajah baru dan diguna semula pada majlis resepsi adik saya Disember lepas.

Image Hosted by ImageShack.us
15 Mac 2009

Bunga ni saya guna bunga span ye.. waktu tu cuma ikat dengan ribbon kecik je..

Sekarang kita lihat bagaimana bunga ini diberi sentuhan baru..
Ok...Bahan2 yang digunakan:
Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
1. Sejambak bunga
2. Daun daun 
3. Ribbon
4. Jarum peniti
5. Dawai halus/Getah
6. Gunting
7. Kain net
8. Kain organza

Langkah2:
Image Hosted by ImageShack.us
Mula-mula susun bunga dan daun ikut citarasa anda, kemaskan dengan getah atau dawai halus

Image Hosted by ImageShack.us
Kain net digunting bentuk bulat dan buatkan lubang ditengahnya. Jika anda suka boleh gunting mengikut bentuk seperti gambarajah diatas. Sementara kain orgamza pula dibiarkan dengan bentuk segiempat.

Image Hosted by ImageShack.us
Masukkan jambangan bunga ke dalam kain net yang telah digunting tadi dan lepas tu balut batang bunga dengan kain organza. Ikat sekali lagi dengan dawai halus supaya lebih kemas.

Image Hosted by ImageShack.us
Sekarang dah boleh balut pemegang dengan ribbon.. untuk lebih kemas sematkan dengan jarum peniti 

Image Hosted by ImageShack.us
Balut je sampai bawah sekali.. pastu ikat pemati. 

Image Hosted by ImageShack.us
Boleh ikat tambah ribbon jika anda suka... dan beginilah hasilnya.. :)


Image Hosted by ImageShack.us
19 Disember 2009
Image captured by gambalawa.com

Sila klik gambar untuk melihat koleksi gambalawa.com :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...