Bulan 12 dah macam musim kawen je... banyak sungguh undangan perkahwinan saudara dan kawan2. kadang-kadang sehari sampai lebih 3 undangan.. dah la jauh2 lak tu.. sorang kat mersing, sorang kat aloq setaq, penang, kat kay tee, kat kepong la.. merata2 tempat x terdaya diri ini nak penuhi semua undangan.. tapi sonot tgk org kawen ni.. pengantin yang cantek berseri, pelamin yang indah, hantaran dan doorgift yang comel2..hihi.. tingat kembali memori indah di hari perkahwinanku...
Tetiba je rasa nak kongsi hasil tangan yang dibuat sndiri dan ahli keluarga masa kenduri saya dan adik bulan 3 aritu..
Kali ni nak kongsi gambar hantaran je dulu.. antara hantaran saya kepada pihak lelaki..
baju kemeja & tie
sejadah yang dilipat seperti kipas
kasut dalam semak.. hihii..
jam tangan
wangian
mandian
dompet & tali pinggang
bekas cincin
Dalam jambangan bunga ini ada tersembunyi telur2 rebus. Instead of bagi bunga pahar mak buatkan jambangan bunga dalam bakul...
Kain pelekat ni digubah oleh kakak iparku menjadi bentuk album. Siapa sangka seorang doktor gigi juga punya bakat seni..
Sykur rase dilahirkan dalam keluarga seni dan alhamdulillah Allah bagi lak seorang kakak ipar, adik ipar dan seorang suami yang juga orang seni..
Benda buat sendiri ni memang jimat kos.. ada setengah benda kalo kita buat sndri boleh meningkatkan kos..
tapi kelebihan kita buat sndiri ni adalah kepuasan.. tul kan.. kan.. kan.. =)
Wednesday, January 6, 2010
DIY Wedding Project
Labels: Gubahan, Hantaran, Wedding Project
Saturday, January 2, 2010
Selendang Nikah
Selendang ini disulam untuk Yan.. sahabat merangkap ex-housemate saya dulu sempena majlis pernikahannya yang telah berlangsung pada 19 Disember 2009 yang lalu. Malangnya saya tak dapat pegi sebab clash dengan majlis resepsi adik saya. Walopun tak dapat attend at least dapat jugak sumbangkan sesuatu untuk hari bersejarahnya.. hehee.
Apapun tima kaseh utk Yan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk manghias selendang nikahnyer..
Tahniah Yan..
Selamat Melangkah ke Alam Rumahangga.. Smoga kekal bahagia selamanya =)
Gambar ihsan: Shamabd Photography
Promo skek.. untuk melihat lebih banyak hasil Shamabd sila klik pada gambar.
Labels: Manik Tudung, Sulaman Manik, Wedding Project
Happy New Year 2010
Buat semua pengunjung Ckin's@rtwork saya ucapkan Selamat Tahun Baru.. Tahun ni saya nantikan kehadiran cahaya mata sulung saya insyaAllah.. dijangka due pada pertengahan bulan 3 ni mudah-mudahan selamat dilahirkan. Amin..
Berbalik pada artwork saya.. minta maaf jua lama tak update gambar. Laptopku tgh upgrade. yeehaaa... hhehehee.. banyak lagi artwork yang ingin saya kongsikan sebenarnya.. so nantikan post saya yang terbaru ye!
Terima kasih kerana terus menyokong ckin's@rtwork.