Wednesday, July 21, 2010
Khidmat menulis nota lagu
Selamat bersua kembali buat pengunjung Ckin’s Artwork..
Citer kali ini masih berkisar tentang seni.. bukan seni kraf atau sulaman manik tapi seni muzik. Ada yang pernah tanya tentang minat saya dalam bidang muzik…minat yang macam mana tu… haa.. ni meh saya nak story skek..
Minat saya dalam bidang seni ni tidaklah terhad kepada satu cabang saja.. Sejak kecil lagi saya juga meminati seni bunyi-bunyian.. Senang citer seni muzik la kata.. Dulu zaman kanak-kanak saya pernah mengikuti kelas main piano sekejap. Masa tu umur baru 7 tahun.. belajar ngan kawan abah seorang lecturer muzik di maktab perguruan keningau.. belajar pun bapa bulan je.. benti sebab pindah balik semenanjung.. pastuh belajar organ plak start darjah 6 hingga tingkatan 4. Ada la belajar note togeh2 tu.. Amik exam kat sekolah dia kat penang.. tak ingat nama skolah dia.. Dapat la sijil main organ (Kawai Way) dari grade 12 pastu paling tinggi stop blajo kat grade 8. Benti lak sebab dapat sekolah berasrama waktu tu. Sijil dia besarrr punyaaa.. tak muat fail. boley letak frame gantung dinding gitu.. Tapi mane tah letak sijil2 tu.. lama dah simpan. Tah ka kena makan anai-anai..huhuu
Disebabkan saya ada sikit asas dalam membaca nota-nota lagu ni.. seorang sahabat (composer) telah memberi kepercayaan untuk diri ini menulis kembali nota-nota lagu gubahannya untuk menyertai pertandingan gubahan lagu.
Pernah juga menulis nota lagu nasyid untuk sebuah sekolah di damansara masuk ke pertandingan.. tak amik tau plak diorang menang ke kalah untuk lagu tu.. huhu..
Buat masa ini nota ditulis menggunakan tangan je(manual handwriting).. Belum ada software nak taip guna komputer. Terhad untuk nota2 yang simple ye.. Hehee.. sebabnye saye nih hanyalah amatur dan bukan professional yang belajar secara mendalam dalam bidang muzik.. So bagi sesiapa yang menyertai pertandingan gubahan lagu, nasyid, lagu-lagu puisi atau nak suruh saya tulis nota untuk lagu sekolah dia ke .. di sini dimaklumkan saya sedia memberi khidmat.
Kepada yang berminat anda boleh hantar lagu anda kepada saya melalui email (format mp3) atau poskan kaset/cd lagu tersebut untuk diperdengarkan… dan saya akan transfer lagu tersebut ke dalam bentuk nota muzik.. Kaset /cd akan saya pulangkan setelah selesai semuanya .
Email saya ye untuk pertanyaan lanjut.. chow cincau! :)
Labels: Music Art
Tuesday, July 20, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Makeover Baju Kak Jaa
Baju ni kepunyaan sahabat saya kak jaa.. Asalnya dah ada manik dah.. tuan punya baju nak saya tambah warna merah skit.. nak dipakai waktu majlis nikah adik iparnya.. Harap2 kak jaa suka la ye.. hehee.. tq kak jaa..
Jom layannn..
Labels: Manik Tabur, Sulaman Manik
Wednesday, July 7, 2010
Testing rossette version ckin'sartwork
testing je ni.. test kat baju kurung adek.. hehe
x penah pun lagi pegi kelas/bengkel belajar manik secara formal.. cuma sempat belajar melalui ebook imass senijahitan.. tima kaseh byk imass atas ilmu yang dikongsi dan tima kaseh semua rakan beaders kerana menjadi inspirasiku
Labels: Manik Sisik Ikan, Sulaman Manik
Wednesday, June 23, 2010
Nak Tempah Sulam Manik?
Salam kpd semua pengunjung Ckin's Artwork.
Berminat nak bling-bling kan baju raya?
Dengan ini sukacita dimaklumkan...
Make Golden Heart Comment at GlitterBell.com
Hubungi saya utk sebarang pertanyaan
Tel/SMS: 013-9288247
Email: sitiasyikin@gmail.com
YM ID: kunci1107@yahoo.com
Lokasi: Kuala Terengganu
Sekiranya anda berada di luar kawasan Kuala Terengganu, anda boleh hantar busana anda kepada saya melalui pos.
ouhh.. yeahh!
Labels: Sulaman Manik
Subscribe to:
Posts (Atom)



