Thursday, August 14, 2014
Flower Crown
Wednesday, September 5, 2012
Gubahan Hantaran Gold
Labels: Gold, Gubahan, Hantaran, Wedding Project
Tuesday, September 4, 2012
Gubahan Hantaran Blue Turqoise
Labels: Gubahan, Hantaran, Turqouise, Wedding Project
Friday, March 19, 2010
Hand Bouquet - Tutorial
Pejam celik pejam celik dah setahun pun berlalu ulangtahun perkahwinan saya... alhamdulillah.. rezeki pun bertambah.. ditambah pula dengan seorang cahayamata yang bakal lahir nanti.. hehee..
Entri kali ni saya nak kongsi sedikit tentang gubahan bunga tangan saya..yang diberi wajah baru dan diguna semula pada majlis resepsi adik saya Disember lepas.
15 Mac 2009
Bunga ni saya guna bunga span ye.. waktu tu cuma ikat dengan ribbon kecik je..
Sekarang kita lihat bagaimana bunga ini diberi sentuhan baru..
Ok...Bahan2 yang digunakan:
19 Disember 2009
Image captured by gambalawa.com
Sila klik gambar untuk melihat koleksi gambalawa.com :)
Labels: Hand Bouquet, Tutorial, Wedding Project
Wednesday, January 6, 2010
DIY Wedding Project
Bulan 12 dah macam musim kawen je... banyak sungguh undangan perkahwinan saudara dan kawan2. kadang-kadang sehari sampai lebih 3 undangan.. dah la jauh2 lak tu.. sorang kat mersing, sorang kat aloq setaq, penang, kat kay tee, kat kepong la.. merata2 tempat x terdaya diri ini nak penuhi semua undangan.. tapi sonot tgk org kawen ni.. pengantin yang cantek berseri, pelamin yang indah, hantaran dan doorgift yang comel2..hihi.. tingat kembali memori indah di hari perkahwinanku...
Tetiba je rasa nak kongsi hasil tangan yang dibuat sndiri dan ahli keluarga masa kenduri saya dan adik bulan 3 aritu..
Kali ni nak kongsi gambar hantaran je dulu.. antara hantaran saya kepada pihak lelaki..
baju kemeja & tie
sejadah yang dilipat seperti kipas
kasut dalam semak.. hihii..
jam tangan
wangian
mandian
dompet & tali pinggang
bekas cincin
Dalam jambangan bunga ini ada tersembunyi telur2 rebus. Instead of bagi bunga pahar mak buatkan jambangan bunga dalam bakul...
Kain pelekat ni digubah oleh kakak iparku menjadi bentuk album. Siapa sangka seorang doktor gigi juga punya bakat seni..
Sykur rase dilahirkan dalam keluarga seni dan alhamdulillah Allah bagi lak seorang kakak ipar, adik ipar dan seorang suami yang juga orang seni..
Benda buat sendiri ni memang jimat kos.. ada setengah benda kalo kita buat sndri boleh meningkatkan kos..
tapi kelebihan kita buat sndiri ni adalah kepuasan.. tul kan.. kan.. kan.. =)
Labels: Gubahan, Hantaran, Wedding Project
Saturday, January 2, 2010
Selendang Nikah
Selendang ini disulam untuk Yan.. sahabat merangkap ex-housemate saya dulu sempena majlis pernikahannya yang telah berlangsung pada 19 Disember 2009 yang lalu. Malangnya saya tak dapat pegi sebab clash dengan majlis resepsi adik saya. Walopun tak dapat attend at least dapat jugak sumbangkan sesuatu untuk hari bersejarahnya.. hehee.
Apapun tima kaseh utk Yan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk manghias selendang nikahnyer..
Tahniah Yan..
Selamat Melangkah ke Alam Rumahangga.. Smoga kekal bahagia selamanya =)
Gambar ihsan: Shamabd Photography
Promo skek.. untuk melihat lebih banyak hasil Shamabd sila klik pada gambar.
Labels: Manik Tudung, Sulaman Manik, Wedding Project
Sunday, December 6, 2009
Cekak untuk Flower Girl
Cekak ni pada asalnya beli yang siap warna pink tapi setelah mendapat tahu bahawa flower girls nanti akan mengenakan pakaian berwarna krim maka cekak ini diubahsuai sedikit dengan menambah ribbon krim dan ntah le nak panggil apa nama menatang tu ..hukhuk.. dan beginilah yang boleh kita lihat hasilnya. Layann....
Potpourri Gantung Lagi
Kali ni saya nak share beberapa lagi design potpourri yang ada..
Berilhamkan potpourri lovelylace.. ia juga sudah ditambah dengan wangian Teddy's Dream dari lovely lace. So apa lagi.. jom cuci mata!
Ni antara yang belum siap lagi.
Yang sudah siap.. tadaaa...
Kita zoom sket.. beberapa gubahan bunga yang berlainan..

















