Monday, May 24, 2010

Flower Girl Headbands

New Readymade item from Ckin's Artwork

Flower Girl Headband for Sale. Cute accessory that suit with any of flower girl dresses. Can be easily worn again after the wedding

Image Hosted by ImageShack.us

Status :  ALL SOLD OUT


Warna : Yellowish Cream
Harga :  RM15 each  (excluding postage)

Kalau nak tempah warna lain pun boleh. Upon your request

Email me at sitiasyikin (at) gmail.com

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

Buat semua kaum ibu dan juga diri sendiri rasanya masih belum terlambat untuk daku mengucapkan selamat hari ibu.. Hargailah kesusahan, pahit manisnya pengalaman anda sebagai ibu kerana tidak semua manusia itu berpeluang menjadi seorang ibu.. =)

Wednesday, April 21, 2010

Dah Selamat...

Pada tanggal 20 Mac 2010 yang lalu jam 6.18 pagi maka dengan selamatnya lahirlah seorang puteri yang diberi nama Siti Izzah Insyirah.. Besarnya nikmat Allah beri.. Alhamdulillah..
Image Hosted by ImageShack.us
Masih lagi dalam tempoh berpantang.. Apa pun tunggu update dari saya ye.. Ada item baru bakal menanti..
Thank you 4 ur support! :)

Friday, March 19, 2010

Hand Bouquet - Tutorial

Pejam celik pejam celik dah setahun pun berlalu ulangtahun perkahwinan saya... alhamdulillah.. rezeki pun bertambah.. ditambah pula dengan seorang cahayamata yang bakal lahir nanti.. hehee..

Entri kali ni saya nak kongsi sedikit tentang gubahan bunga tangan saya..yang diberi wajah baru dan diguna semula pada majlis resepsi adik saya Disember lepas.

Image Hosted by ImageShack.us
15 Mac 2009

Bunga ni saya guna bunga span ye.. waktu tu cuma ikat dengan ribbon kecik je..

Sekarang kita lihat bagaimana bunga ini diberi sentuhan baru..
Ok...Bahan2 yang digunakan:
Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
1. Sejambak bunga
2. Daun daun 
3. Ribbon
4. Jarum peniti
5. Dawai halus/Getah
6. Gunting
7. Kain net
8. Kain organza

Langkah2:
Image Hosted by ImageShack.us
Mula-mula susun bunga dan daun ikut citarasa anda, kemaskan dengan getah atau dawai halus

Image Hosted by ImageShack.us
Kain net digunting bentuk bulat dan buatkan lubang ditengahnya. Jika anda suka boleh gunting mengikut bentuk seperti gambarajah diatas. Sementara kain orgamza pula dibiarkan dengan bentuk segiempat.

Image Hosted by ImageShack.us
Masukkan jambangan bunga ke dalam kain net yang telah digunting tadi dan lepas tu balut batang bunga dengan kain organza. Ikat sekali lagi dengan dawai halus supaya lebih kemas.

Image Hosted by ImageShack.us
Sekarang dah boleh balut pemegang dengan ribbon.. untuk lebih kemas sematkan dengan jarum peniti 

Image Hosted by ImageShack.us
Balut je sampai bawah sekali.. pastu ikat pemati. 

Image Hosted by ImageShack.us
Boleh ikat tambah ribbon jika anda suka... dan beginilah hasilnya.. :)


Image Hosted by ImageShack.us
19 Disember 2009
Image captured by gambalawa.com

Sila klik gambar untuk melihat koleksi gambalawa.com :)

Monday, March 15, 2010

Menghitung Hari

Buat pengunjung yang disayangi.. saya minta maaf buat masa ni saya tak berani nak ambik sebarang tempahan memandangkan masa nak deliver baby pun dah dekat sangat. Mungkin lepas berpantang ni kot baru bleh amik.. Tapi still boleh pick-up yang readymade item. Urusan penghantaran akan diuruskan sebaiknya. Jangan bimbang..
Apa-apa nanti saya akan inform semula.. Kalau ada salah dan silap saya pada kalian semua saya mohon ampun dan maaf, doakan saya selamat ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...